Wednesday, September 2, 2009

SIKSAAN KE ATAS ORANG YANG MENGUMPAT


Dalam perjalanan Isra' Nabi SAW baginda telah menyaksikan orang yang sedang mencakar wajah dan dadanya dengan kukunya sendiri, pada saat itu kukunya telah berubah menjadi kuku tembaga.

Melihat akan itu, Nabi SAW bertanya kepada Jibril:"Siapakah mereka wahai Jibril".

Jawab Jibril : "Mereka adalah perumpamaan orang yang suka mengumpat dan mendedahkan aib dan rahsia orang lain kepada orang lain".

Orang yang suka mengumpat, mendedahkan aib orang lain sama seperti memakan daging saudaranya sendiri.Adakah kita sanggup berada dalam keadaan demikian.Walaupun kita solat, membaca Al Quran, solat malam, berzakat, bersedekah dan membuat perkara-perkara baik yang lain, tetapi apabila kita mengumpat saudara kita sendiri, mendedahkan aib saudara sendiri, kitalah adalah orang yang muflis di akhirat nanti.Sanggupkah kita mensia-siakan amalan yang dibuat di dunia ini?Orang yang dikeji dan diumpat itu sebenarnya jauh lebih baik dari kita, tawaduknya lebih dari kita, ikhlasnya lebih dari kita.....

Imam Tirmidzi meriwayatkan hadis daripada Abi Darda' bahawa Nabi SAW bersabda:
"Siapa yang memelihara kehormatan saudara di belakangnya, maka Allah akan memelihara dirinya daripada api neraka di hari kiamat kelak".

Firman Allah SWT:
"Akan dimasukkan ke dalam neraka Wail orang yang suka mengumpat dan mencerca orang lain".( Surah Al-Humazah)

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya Allah amat benci kepada orang yang jahat lidahnya ( suka mengumpat, mencaci, memfitnah dan menyakiti orang lain)".
( Riwayat At-Tirmidzi).

BERBUAT BAIK SESAMA MANUSIA KERANA DI AKHIRAT NANTI KITA AKAN DIHAKIMI DAN DITANYA TENTANG MANUSIA YANG KITA UMPAT DAN CACI.KESALAHAN DENGAN ALLAH, ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG, TETAPI KESALAHAN DENGAN MANUSIA TIDAK DAPAT DIAMPUNI MELAINKAN DENGAN MANUSIA ITU SENDIRI.PADA ZAMAN INI,DI MANA ZAMAN FITNAH BERLELUASA, SEMOGA KITA DILINDUNGI OLEH ALLAH DAN SENTIASA BERADA DALAM NAUNGANNYA.INSYAaLLAH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails