Saturday, October 17, 2009

KEPENTINGAN ILMU


Firman Allah S.W.T maksudnya:
“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan bererti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)

Firman-Nya lagi maksudnya:
“Hanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”. (Al-Faatir:28)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar:9)

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula."
(HR. Bukhari dan Muslim)

Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredhai Allah swt. Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu deenul Islam agar menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syara’.

Para ilmuan Islam juga sama sekali tidak boleh lupa bahawasanya antara tugas seorang muslim itu ialah menegakkan yang ma’ruf iaitu mengajak manusia menegakkan dan mendaulatkan ajaran Allah S.W.T. dan mencegah kemungkaran iaitu melarang manusia dari melakukan larangan Allah S.W.T. dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.

Sabba Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;

"Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia cegah dengan tangannya (kuasa), sekiranya tidak mampu cegahlah ia dengan lisan seandainya tidak mampu juga; cegahlah ia dengan hati itu yang paling lemah imannya."

Itulah kepentingan ilmu, supaya manusia dapat menilai mana yang batil dan yang haq melalui mata hati, mencegah kemungkaran dan mengajak manusia ke arah kebenaran.

MAUT


Kehadiran maut merupakan isyarat bahawa kehidupan di dunia akan dilanjutkan dengan kehidupan yang hakiki.Maut juga membangunkan manusia yang terlena dengan kesenangan sementara.

Kubur tempat kediaman, tanah adalah tempat pembaringan, cacing menjadi teman, Munkar dan Nakir sebagai sahabat yang nilai amalan.Hari kiamat merupakan waktu yang dijanjikan sedangkan syurga dan neraka merupakan rumah masa depan.Sesungguhnya insan yang berakal memahami bahawa kehidupan yang hakiki adalah kehidupan sesudah mati.

Kubur dan akhirat merupakan dua destinasi yang mesti ditempuh oleh setiap insan.Hanya dengan tunduk dan beramal ibadah kepadaNya mampu menyelamatkan diri dari kesengsaraan...dipetik dari NIKMAT DAN AZAB AKHIRAT-IBRAHIM MUHAMMAD JAMAL..

Bersediakah kita untuk menerima MAUT yang datang bertandang pada bila-bila masa yang tidak diketahui...cukupkah amalan dan ibadat kita...Bagaimanakah sakaratulmaut itu...Adakah kita mampu menghadapinya...Seram sejuk apabila memikirkannya...Semoga kita memperoleh HUSNUL KHATIMAH.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails