Thursday, December 31, 2009

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi
yang menakjubkan pada malam aku sebelum di
Israqkan.... ....."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2.. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

SABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

SAMA-SAMA KITA HAYATI..SEMOGA DAPAT DIJADIKAN PANDUAN DAN PENGAJARAN....SEBARKANLAH ILMU...SEMOGA MEMBAWA MANFAAT KEPADA SEMUA.

Thursday, December 17, 2009

MUHASABAH DIRI

BERSEMPENA DENGAN DATANGNYA AWAL MUHARRAM 1431 PADA HARI JUMAAT ( 18 DISEMBER 2009 ), SAYA MENYERU DIRI SAYA, KELUARGA SAYA, SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN DAN SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT AGAR KITA MEMUHASABAH DIRI KITA, MERENUNG ADAKAH CUKUPKAH AMALAN KITA, ADAKAH SEGALA AMALAN YANG KITA LAKUKAN SELAMA INI DAPAT MEMBAWA KITA KE HUSNUL KHATIMAH ATAU SEBALIKNYA, IKHLASKAH KITA DALAM MELAKUKAN SESUATU PEKERJAAN...ADAKAH KERANA ALLAH ATAU SEBALIKNYA...RENUNGKANLAH NIKMAT NYAWA YANG DIBERI OLEH ALLAH, NIKMAT KESIHATAN, REZEKI, KESENANGAN, KESAKITAN, KESEDIHAN DAN PELBAGAI NIKMAT LAGI...ADAKAH KITA BERSYUKUR DENGAN APA YANG TELAH DIBERI?

BERSEMPENA DENGAN MAAL HIJRAH INI JUGA MARILAH KITA MENGUBAH DIRI KITA KE ARAH SESUATU YANG LEBIH POSITIF, TINGKATKAN KEIKHLASAN DALAM MEMBUAT SESUATU, KHUSYUKKAN SOLAT KITA, PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN YANG MELIBATKAN ORANG LAIN, TINGKATKAN DALAM PEMBACAAN DAN PEMAHAMAN AL-QURAN, TINGKATKAN DALAM BERSEDEKAH, KURANGKAN MARAH DAN PELBAGAI LAGI PERKARA YANG DAPAT MENINGKATKAN KEIMANAN KITA.

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGAMALKAN CARA HIDUP MUSLIM YANG SEJATI TERHADAP DIRI KITA, KELUARGA KITA DAN ORANG LAIN.MARILAH JUGA KITA BERSAMA-SAMA IKHLAS DALAM MENEGUR KEKHILAFAN DALAM DIRI KITA DAN JUGA ORANG LAIN.TEGURLAH SECARA BERHEMAH DAN BERHIKMAH.

SELAIN ITU JUGA, MARILAH KITA SAMA-SAMA BERGANDING BAHU, BERSATU HATI DALAM BERDAKWAH DAN MENINGKATKAN TAHAP KEIMANAN KITA DALAM AGAMA YANG DICINTAI.SEMOGA ALLAH MERAHMATI DIRI KITA DAN SEGALA APA YANG KITA LAKUKAN SEMATA-MATA KERANANYA.

SALAM MAAL HIJRAH 1431H..

Wednesday, December 16, 2009

15 AZAB BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT



6 azab di dunia:

1. Dihilangkan keberkatan umurnya

2. Terhapus tanda-tanda orang soleh dari wajahnya

3. Segala amalannya tidak dikurniakan pahala

4. Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah

5. Tiada doa daripada para solehin untuknya

6. Keluar roh daripada jasadnya tanpa iman

3 azab ketika hampir mati:

1. Kematiannya penuh kehinaan

2. Kematiannya di dalam kelaparan yang amat hebat

3. Kematiannya di dalam kehausan yang amat dahsyat

3 azab ketika di dalam kubur

1 Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya, lalu dia dibalik-balikkan di atas api tersebut

3 Datanglah seekor ular bernama Syujja’ul Aqra’, suaranya laksana petir, ia berkata “Hai manusia!Sesungguhnya aku diperintahkan menyiksa
kamu dari Zohor hingga Asar kerana kamu meninggalkan fardhu Zohor, dari Asar hingga
Maghrib kerana kamu meninggalkan fardhu Asar”, begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari Qiamat.

3 azab ketika bertemu Allah s.w.t:

1. Datanglah Malaikat dengan rantai sepanjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.

2. Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya

3. Baginya azab yang amat pedih

Nauzubillahiminzalik…. Semoga kita digolongkan dalam golongan orang yang tetap mendirikan solat.

Sunday, December 13, 2009

AKADEMI PENGAJIAN RAUDHATUL QURAN ( APRQ )


SEDIKIT PENGENALAN TENTANG AKADEMI PENGAJIAN RAUDHATUL QURAN ( APRQ ).

Akademi Pengajian Raudhatul Quran mula beroperasi pada 1 Julai 2007 yang lokasinya terletak di Taman Amalina LestariRaub Pahang.Penubuhannya adalah di atas kesedaran tokoh korporat yang ternama di Daerah Raub iaitu YH Dato' Salim bin Haji Abdul Majid DIMP;DKSM.Beliau juga merupakan penaung APRQ. Pengetua APRQ ini ialah Ustazah Hajjah Siti Zainab bt Suboh AMP;PKC yang merupakan seorang bekas pengetua yang tidak pernah jemu menyebarkan ilmu sekalipun telah bersara di dunia akademik. Pada masa kini, beliau telah beralih arah kepada pengajaran dan pembelajaran Al Quran yang semakin hari semakin mendapat sambutan hangat dalam kalangan warga Raub sendiri.

Antara aktiviti yang boleh didapati ialah kelas Al-Quran utk semua peringkat umur termasuk pelajar dewasa, kelas tajwid, fardhu ain, bahasa Arab, Hafazan dan pelbagai lagi aktiviti yang berkaitan dengan Al Quran. Terdapat juga program tadarus dan khatam Al-quran sempena ramadan Al mubarak serta khatam Quran bagi pelajar yang telah tamat membaca Al quran.

Umum mengetahui pembelajaran Al Quran secara bertajwid merupakan fardhu ain.Oleh itu penubuhan APRQ ini telah memberi ruang yang luas kepada warga Raub yang dahagakan ilmu Al-Quran untuk sama-sama belajar, sama-sama menuntut ilmu tidak kira siang atau malam.

Alhamdulillah sehingga kini, APRQ turut menganjurkan beberapa program yang bermanfaat seperti Kursus pengurusan jenazah, kelas perubatan Islam, seminar seperti HALAQAH ULUMUL QURAN yang amat bermanfaat kepada warga Raub yang hadir khususnya guru-guru fardhu ain seluruh daerah Raub.Penubuhannya kini dengan pelajar yang berjumlah kira-kira 300 pelajar telah menunjukkan bahawa pentingnya ilmu Al-quran pada kanak-kanak mahupun orang dewasa sendiri.

Dengan komitmen yang jitu hasil titik peluh tenaga pengajarnya dan staf-stafnya, APRQ ini akan menjadi satu wadah ilmu bagi para ibubapa menghantar anak-anaknya ke sini. Didoakan dengan penubuhan APRQ ini dapat membuka mata semua pihak tentang kepentingan ilmu Al Quran dalam jiwa masing-masing khususnya para remaja kini. Syabas kepada semua pihak yang terlibat.Adalah diharapkan penubuhan APRQ ini akan memperkembang dan menjadikan ilmu Al Quran tersebar luas di merata-rata tempat khususnya warga Raub itu sendiri.

Rebutlah peluang di depan mata. Ayuh, mari kita menuntut ilmu Al Quran...

Sunday, December 6, 2009

WATAK-WATAK SYAITAN SEPANJANG MASA



Dipetik dari web ustaz nidzam kadir.
http://nidzamkadir.blogspot.com

Ini adalah beberapa watak syaitan sebagai contoh :

1. Cubaan merosakkan aqidah tauhid yang benar. Inilah tujuan utama syaitan agar manusia sesat daripada kebenaran. Sebagai contoh sebagaimana yang diceriatkan dalam hadis bahawa syaitan agar menimbulkan persoalan dalam diri setiap orang tentang siapakah yang membuat benda ini dan siapa pula yang menjadikannya? Akhirnya sampai kepada kesimpulan bahawa setiap benda ada penciptanya. Ketika itu syaitan agar menimbulkan soalan tentang siapakah yang menjadikan tuhanmu? Oleh itu, Nabi s.a.w. menasihatkan agar memohon perlindungan kepada Allah. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).

2. Syaitan akan mengikat setiap manusia ketika tidur dengan tiga ikatan. Inilah antara sebab yang menyebabkan manusia rasa malas dan letih untuk bangun pagi bersolat Subuh. Apabila jaga dan menyebut Allah, maka akan terputuslah satu tali. Apabila berwudhuk maka putuslah tali kedua. Apabila bersolat maka putuslah tali ketiga. Ketika itu barulah manusia berasa bersemangat dan segar. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).

Oleh itu, apabila bangun bacalah doa bangun tidur atau sekurang-kurangnya sebutlah nama Allah. Kemudian segera berwudhuk dan bersolat.

3. Tujuan syaitan mengikat dengan tiga ikatan agar manusia tidak dapat bangun malam untuk bertahajud dan solat Subuh pada waktunya. Oleh itu, beberapa perkara boleh dibuat bagi menghalangnya iaitu :
- Berwudhuk sebelum tidur kerana sabda Nabi s.a.w. :
إِذَا أَتَيْتَ إِلَى مَضْجَعِكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوْءَكَ لِلصَّلاَةِ
“Apabila engkau datang ke tempat tidurmu maka berwudhuklah seperti wudhuk solat”.

- Membaca dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah kerana sabda Nabi s.a.w. :
الآيَتَانِ مِنْ آخِرِ سُوْرَةِ الْبَقَرِةِ مَنْ قَرَأَهُمَا فِى لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
“Dua ayat daripada akhir surah al-Baqarah, sesiapa membacanya pada malam nescaya memadailah baginya”. (Riwayat Bukhari).

- Membaca ayat Kursi.
- Boleh juga bertasbih, bertahmid dan bertakbir 33 kali setiap satu.

4. Orang yang tidak dapat bangun malam adalah rugi kerana sabda Nabi s.a.w. :
ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِى أُذُنَيْهِ
“Itulah orang yang mana syaitan telah kencing dalam telinganya”. (Riwayat Muslim).

Makna kencing boleh difahami secara zahir. Boleh juga difahami bahawa syaitan berjaya menghalangnya daripada mendengar azan dan zikir.

5. Syaitan juga membawa mimpi-mimpi ngeri bagi menjadikan manusia berada dalam sedih. Seorang lelaki menceritakan kepada Nabi s.a.w. bahawa dia melihat dalam mimpi bahawa kepala telah dipukul. Nabi s.a.w. menasihatkannya dengan sabdanya :
لاَ تُحَدِّثِ النَّاسَ بِتَلَعُّبِ الشَّيْطَانِ بِكَ فِى مَنَامِكَ
“Jangan kamu ceritakan kepada manusia dengan permainan syaitan kepadamu dalam tidurmu”. (Riwayat Muslim).

6. Syaitan ketawa apabila seseorang menguap kerana ia tanda kemalasan. Sabda Nabi s.a.w. :
وَأَمَّا التَّثَاؤُبُ فَهُوَ مِنَ الشَّيْطَانِ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ
“Adapun menguap maka ia dari syaitan maka tolaklah ia semampunya”. (Riwayat Muslim).

Sebenarnya syaitan mungkin masuk ke dalam badan manusia ketika menguap apabila mulut tidak di tutup. Sabda Nabi s.a.w. :
إِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيُمْسِكْ بِيَدِهِ عَلَى فِيْهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَدْخُلُ
“Apabila seseorang kamu menguap maka letakkanlah tangannya atas mulutnya kerana syaitan akan masuk”. (Riwayat Muslim).

7. Syaitan juga bertenggek atas batang hidung setiap manusia. Sebab itu digalakkan membersihkan hidung kerana diriwayatkan sabda Nabi s.a.w. :
إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ مَنَامِهِ فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَبِيْتُ عَلَى خَيَاشِيْمِهِ
“Apabila seseorang kamu bangun daripada tidur maka bersihkanlah hidungnya tiga kali kerana syaitan bermalam di atas hidungnya”.

8. Syaitan mewaswaskan manusia. Asalnya syaitan ingin merosakkan manusia tetapi jika manusia itu seorang mukmin, maka syaitan hanya mampu menimbulkan was was dalam hatinya. Pun begitu penyakit was was perlu diubati kerana ia berpunca daripada syaitan.

9. Was was yang paling utama ialah ketika solat. Seorang sahabat mengadu masalah ini ketika solat kepada Nabi s.a.w. Sabda Nabi s.a.w. :
ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَب فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْهُ وَاتْفُلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلاَثًا
“Itulah syaitan yang dipanggil Khanzab. Apabila kamu merasainya maka berlindunglah kepada Allah dan ludahlah di sebelah kirimu sebanyak tiga kali”. (Riwayat Muslim).

Biasa juga syaitan akan mengkhayalkan seseorang yang bersolat. Misalnya dia mencari sesuatu benda seperti kunci tetapi tidak dijumpai. Apabila bersolat barulah dia teringat di mana kunci itu berada. Oleh itu dia akan terfikir macam mana kunci itu berada di situ. Akhirnya dia tidak khusyuk dalam solat. Sabda Nabi s.a.w. :
إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَامَ يُصَلِّي جَاءَهُ الشَّيْطَانُ فَلَبَّسَ عَلَيْهِ حَتَّى لاَ يَدْرِي كَمْ صَلَّى ، فَإِذَا وَجَدَ ذَلِكَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْجُدْ سَجْدَتَيْنِ وَهُوَ جَالِسٌ
“Sesungguhnya apabila seseorang kamu bangun untuk bersolat, syaitan akan datang kepadanya lalu mewaswaskannya hingga dia tidak sedari berapa rakaat yang dia telah tunaikan. Maka apabila kamu mendapati berlaku yang demikian maka sujudlah dua kali sujud dalam keadaan duduk”. (Riwayat Muslim).

10. Lupa juga berpunca daripada syaitan. Firman Allah menceritakan kalam sahabat Nabi Musa a.s. :
وَمَا أَنْسَانِيْهُ إِلاَّ الشَّيْطَانُ
“Dan tidaklah membuat aku lupa melainkan syaitan”. (Surah al-Kahfi : 63).

Begitu juga ingatan Nabi Yusuf kepada teman penjaranya agar menyebut kisahnya kepada raja namun dia terlupa. Firman Allah :
وَقَالَ لِلَّذِي ظَنَّ أَنَّهُ نَاجٍ مِنْهُمَا اذْكُرْنِي عِنْدَ رَبِّكَ فَأَنْسَاهُ الشَّيْطَانُ
“Dan Yusuf berkata kepada salah seorang temannya yang disangkanya akan keluar dari penjara agar menyebutnya kepada rajanya lalu syaitan telah melupakannya”. (Surah Yusuf : 42).

Akhirnya tujuan utama ialah agar lupa kepada Allah. Firman Allah :
اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللهِ
“Syaitan menguasai atas mereka lalu syaitan melupakan mereka daripada mengingati Allah”. (Surah al-Mujadalah : 19).
11. Syaitan juga akan berusaha agar umat Islam sentiasa berada dalam permusuhan dan persengketaan sesama sendiri. Sabda Nabi s.a.w. :
إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ أَيِسَ أَنْ يَعْبُدَهُ الْمُصَلُّوْنَ فِى جَزِيْرَةِ الْعَرَبِ وَلَكِنْ فِى التَّحْرِيْشِ بَيْنَهُمْ
“Sesungguhnya syaitan telah putus asa agar manusia beriman menyembahnya di tanah Arab tetapi masih mampu mewujudkan persengketaan sesama mereka”. (Riwayat Muslim).

Oleh kerana itu, setiap muslim dilarang membuat apa-apa tindakan yang boleh menyalakan api permusuhan seperti mengacukan senjata kepada muslim yang lain. Sabda Nabi s.a.w. :
لاَ يُشِيْرَنَّ أَحَدُكُمْ إِلَى أَخِيْهِ بِالسِّلاَحِ فَإِنَّهُ لاَ يَدْرِي لَعَلَّ الشَّيْطَانَ أَنْ يَنْزِغَ فِى يَدِهِ فَيَقَع فِى حَفْرَةٍ مِنَ النَّارِ
“Janganlah seseorang kamu mengacukan kepada saudaranya dengan senjata. Kemungkinan dia tidak menyedari bahawa syaitan akan menarik tangannya lalu dia terjatuh dalam lubang neraka”. (Riwayat Bukhari).

12. Akkhir sekali, syaitan sentiasa bekerja bagi menyesatkan manusia. Apa yang disebutkan sebelum ini hanya sekadar beberapa peranan syaitan sahaja. Lebih umum apa yang digambarkan dalam satu hadis :
إِذَا أَصْبَحَ إِبْلِيْسُ بَثَّ جُنُوْدَهُ فِى اْلأَرْضِ فَيَقُوْلُ : مَنْ أَضَلَّ مُسْلِمًا أَلْبَسْتُهُ التَّاجَ. فَيَقُوْلُ لَهُ الْقَائِلُ : لَمْ أَزَلْ بِفُلاَنٍ حَتَّى طَلَّقَ امْرَأَتَهُ...لَمْ أَزَلْ بِفُلاَنٍ حَتَّى زَنَى... لَمْ أَزَلْ بِفُلاَنٍ حَتَّى شَرِبَ الْخَمْرَ.... لَمْ أَزَلْ بِفُلاَنٍ حَتَّى قَتَلَ...
“Apabila pagi menjelma, Iblis akan menghantar tenteranya di bumi lalu bertitah : “Sesiapa yang berjaya menyesatkan seorang muslim, aku akan pakaikan kepadanya mahkota”. Selepas itu ada yang berkata : “Aku sentiasa bersama fulan hinggalah dia menceraikan isterinya”. Ada yang berkata : “Aku sentiasa bersama fulan hinggalah dia berzina”. Ada yang berkata : “Aku sentiasa bersama fulan hinggalah dia minum arak”. Ada yang berkata : “Aku sentiasa bersama fulan hinggalah dia membunuh”…(Riwayat Ahmad).

FADHILAT ZIKIR



Sabda Rasulullah SAW: Hadis Riwayat At-Tirmidzi:
"Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya, siapakah hamba yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah pada hari kiamat?Rasulullah SAW pun bersabda: Orang yang banyak berzikir kepada Allah. Aku pun berkata:Wahai Rasulullah!Walaupun dari orang yang berperang di jalan Allah?Rasulullah pun menjawab: Walaupun dia memukul dengan pedangnya org2 kafir dan org2 musyrik sehingga patah pedangnya dan basah badannya dengan darah. sesungguhnya orang yang banyak berzikir pada Allah, lebih utama darjatnya daripada mereka.

Orang yang rajin berzikir kepada Allah, diibaratkan dengan org yg hidup yang lahirnya dihiasi dengan cahaya kehidupan dan batinnya dengan makrifat. Manakala orang yang tidak berzikir, diumpamakan seperti orang yang mati, lahirnya tidak bererti dan batinnya tidak berguna.

FADHILAT ZIKIR:
1. Orang yang selalu berzikir akan sentiasa dinaungi rahmat Allah dan inayahNya.

2. Allah menyebut nama orang yang berzikir di udara yang tenang di hadapan para hambaNya yang suci dan ikhlas.

3. Orang yang sentiasa berzikir itu menyibukkan hatinya dan hati bersama Tuhannya.

4. Zikrullah adalah benteng was-was syaitan dan merupakan pertahanan yang kuat daripada terjerumus ke dalam kemaksiatan.

5. Zikrullah merupakan salah satu dari 4 perkara yang dapat menarik kebahagiaan di dunia dan akhirat, dan yg memberikan kepada org yg berzikir itu kepercayaan yang sempurna, dan menghiasinya dengan sifat istiqamah dan mencintai kebaikan dan ketetapan pada amalnya serta kebenaran pada cara berfikirnya.

6. Zikrullah akan dapat menyampaikan seseorang itu ke darjat yang lebih tinggi dalam syurga

7. Zikrullah menyinari hati dan membersihkannya dari kekotoran. Manakala org yg tidak berzikir , hatinya gelap dan rosak, bahkan dia dianggap mati.

8. Mereka akan datang pada hari kiamat dengan terhormat, dibesarkan dan dimuliakan.

9. Orang yang berzikir itu ahli kebaikan, pemilik kebahagiaan dan pelaksana kebajikan.

Lihatlah betapa besarnya fadhilat berzikir yang diberikan oleh Allah kepada kita.Takkan kita mahu mensia-siakan peluang tersebut.Gunakan peluang dan masa yang diberikan kepada kita.Sesungguhnya zikir itu mampu melembutkan jiwa yang keras, meruntuhkan keegoaan manusia serta mampu mendidik jiwa manusia sebagai hamba yang lemah.

..Dipetik dari Bimbingan, Penghayatan dan Kesempurnaan Solat- Ustaz Johari Yaman...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails