Sunday, August 30, 2009

SIKSAAN KE ATAS ORANG YANG MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT


Semasa dalam perjalanan Isra' Rasulullah SAW beliau telah melihat segolongan manusia yang memukul-mukul kepalanya sendiri sehingga hancur, akan tetapi selepas itu kepala itupun bercantum dan kembali semula seperti sediakala. Demikianlah terus-menerus kelakuan mereka dengan tidak berhenti-henti.

Melihat keadaan itu, Nabi SAW bertanya kepada Jibril: "Siapakah mereka itu wahai Jibril"?

Jawab Jibril :"Mereka ada perumpamaan segolongan umat tuan yang suka melengah-lengah waktu solat hingga habis waktu yang ditentukan".

Inilah gambaran siksaan ke atas golongan orang yang tidak melakukan solat pada waktu yang ditentukan atau meninggalkan solat dengan sengaja, sebaliknya mereka melakukan solat di luar waktu atau mengqadanya dengan sengaja pada waktu lain.

Perbuatan sebegini sering berlaku di kalangan umat Islam masa kini yang sering memberi alasan sibuk dengan urusan harian sehingga berani menangguhkan solat. Bagi mereka ini, Firman Allah : Surah Al-Maa'un ayat 4-5:

"Maka celakalah ( neraka wail ) bagi orang yang solat;iaitu yang solatnya dalam keadaan lalai".

JADI SOLATLAH KAMU SEBELUM KAMU DISOLATKAN...SOLAT MAMPU MENCEGAH SEGALA KEMUNGKARAN YANG SEMAKIN HARI KIAN MERUNCING..JIKA KITA SOLAT, ADAKAH SOLAT KITA DITERIMA...ATAU HANYA SEKADAR MELEPASKAN BATUK DI TANGGA?

Saturday, August 29, 2009

KEISTIMEWAAN ORANG YANG MEMBACA AL-QURAN


• Di Dunia
Mereka sentiasa dengan pembacaan Al-Quran dan mereka adalah manusia yang terpilih,diangkat oleh ALLAH Taala darjatnya setinggi-tinggi darjat.

• Peribadinya
Memperolehi ketenangan dengan cahaya ALLAH dan sentiasa mendengar dan metaati perintah Allah serta meninggalkan setiap yang dilarang daripada Al-quran dengan hati yang terbuka.

• Hatinya
Bersih lagi suci dan tidak berkarat selamanya.

• Rumahnya
Dilihat oleh penduduk dilangit seperti mana penduduk bumi melihat bintang-bintang,rumahnya dipenuhi cahaya yang ,meliputi keluarganya,banyak kebaikan didalamnya,para malaikat hadir dan syaitan-syaitan lari keluar dari rumahnya.

• Pahalanya
Setiap satu huruf bacaanya sama dengan 10 kebaikan(pahala),dikurniakan kepadanya ketenangan,dilimpahi rahmat keatasnya, dan para malaikat memayunginya. Doanya dimakbulkan ketika tamat bacaanya.Dia diumpamakan seperti buah epal wangi baunya dan sedap rasanya….

• Hari kiamat
Al-Quran akan menjadi syafaat untuknya,dia akan berada bersama-sama para malaikat,diangkat darjatnya ke syurga peringkat demi peringkat…

BALASAN ORANG YANG MENINGGALKAN AL QURAN

• Di Dunia
Orang yang tidak suka membaca Al-Quran,kehidupanya sempit, masalahnya tidak berakhir dan dadanya dipenuhi dengan kelemahan..

• Peribadinya
Tidak teratur, murung dan sempit dadanya

• Hatinya
Berkarat atau kotor seperti mana karatnya besi kerana hatinya tidak dimasuki cahay Al-Quran.

• Rumahnya
Keadaan rumahnya seperti tanah perkuburan yang gelap, penghuninya sesak, sedikit kebaikannya,jika banyak(kebaikan) tiada keberkatan. Tidak dimasuki malaikat malah dihuni oleh syaitan-syaitan.

• Pahalanya
Tiada pahala untuknya,diumpamakannya seperti buah peria tidak mempunyai bau dan rasa pahit manakala hatinya seperti rumah yang roboh…

• Hari kiamat
ALLAH akan menghilangkan penglihatanya dan akan dibangkitkan diantara makhluk-makhluk yang buta seraya berkata” WAHAI TUHANKU MENGAPA AKU DIBANGKITKAN DALAM KEADAAN BUTA SEDANGKAN AKU CELIK DI DUNIA?.MAKA DIKATAKAN KEPADANYA : “DEMIKIANLAH TELAH DATANG AYAT-AYAT KAMI,MAKA KAMU MELUPAKANNYA DAN BEGITULAH PULA PADA HARI INI KAMU PULA DILUPAKAN…
HAYATILAH QALAM ALLAH YANG SANGAT INDAH...TIADA APA YANG LEBIH INDAH DARIPADANYA....

Monday, August 24, 2009

PENAWAR HATI GELISAH


Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan. Kandungan merangkumi segala dasar syariat yang terkandung dalam kitab suci yang diturunkan sebelumnya. Mereka yang mempercayai al-Quran akan berusaha membaca, mempelajari, memahaminya serta mengamalkannya, juga mengajarkan kepada orang lain.
Rasulullah bersabda menyatakan semulia-mulia ibadat ialah membaca al-Quran dan mengajarnya.

Membaca al-Quran adalah amalan mulia, mendapat pahala berlipat ganda pada setiap huruf yang diturunkan. Al-Quran adalah sebaik-baik bacaan bagi mereka yang beriman, sama ada ketika senang atau susah. Selain ibadat yang diberi ganjaran, membaca al-Quran menjadi ubat atau penawar bagi mereka yang gelisah jiwanya.

Seorang lelaki berjumpa Ibnu Mas'ud meminta nasihat untuk dijadikan ubat jiwanya yang sedang resah gelisah, fikiran kusut, tiada selera makan dan tidak boleh tidur seperti biasa.

Ibnu Mas'ud menyatakan bahawa untuk mengubatinya ia menasihati agar sahabat tadi mengunjungi tiga tempat iaitu tempat orang membaca al-Quran. Atau mendengar baik-baik orang yang membaca al-Quran. Pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hati kepada Allah, memohon ketenangan jiwa dan ketenteraman fikiran juga kemurnian hati. Andainya jiwa masih juga tidak terubat dengan cara ini, minta kepada Allah agar diberi hati yang lain, kerana hati yang dimiliki bukan hatinya.

Sahabat itu mengamalkan apa yang disuruh oleh Ibn Mas'ud. Dia pergi mengambil wuduk kemudian membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selepas sempurna membaca al-Quran, jiwanya dirasa begitu tenang dan tenteram, manakala kegelisahannya hilang sama sekali.

Membaca al-Quran, sama ada memahami ertinya atau tidak adalah ibadat, amalan soleh dan memberi rahmat serta manfaat bagi mereka yang melakukannya.

Memberi cahaya dalam hati, memberi cahaya kepada keluarga juga tempat di mana al-Quran itu dibaca.

Sebuah hadis riwayat oleh Bayhaqi daripada Anas dinyatakan bahawa Rasulullah ada bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumah tangga kamu dengan sembahyang dan dengan membaca al-Quran.”

FADHILAT SELAWAT


Berselawat untuk Rasulullah SAW merupakan salah satu dari rangka iman. Barangsiapa yang tidak pernah ( tidak mahu) berselawat untuk Baginda, seolah-olah menunjukkan orang itu tidak beriman dan sempurna imannya.

SURAH AL-AHZAB:56
Bahawasanya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk Nabi, maka oleh itu wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu semua untuk Nabi dan berilah salam olehmu kepadanya dengan sebenar-benar salam.

ANAS BIN MALIK BERKATA BAHAWA SABDA RASULULLAH SAW:
Barangsiapa membaca selawat untukku, maka Allah memberikan kepadanya sepuluh selawat.Dihapuskan daripada sepuluh dosa serta diangkat sepuluh darjat.

Tiada dua orang muslim yang berjumpa kemudian berjabat tangan serta berselawat untukku, melainkan sesungguhnya keduanya tidak akan berpisah sehingga Allah mengampuni dosa-dosa mereka, baik yang terdahulu mahupun yang kemudian, dari sebab kemuliaan Allah SWT.

Orang yang paling utama bersamaku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat untukku.

Tiada doa seseorang kecuali di antara doa itu dan langit terdapat satu pendinding/penghalang/hijab sehingga dibacakan selawat untuk Nabi SAW.Apabila telah dibacakan selawat maka terbukalah pendinding itu dan masuklah doa itu( naik ke langit dan dikabulkan Allah ).Sebaliknya jika tidak membaca selawat kepada Nabi SAW, maka doa itu kembali kepada tuannya iaitu orang yang berdoa(doa itu tidak diterima oleh Allah).

ABU HURAIRAH R.A BERKATA SABDA NABI SAW:
" Apabila seorang mukmin membaca selawat untukku, maka selawat itu akan diambil oleh malaikat dengan izin Allah disampaikan ke kuburku.Maka malaikat itu berkata, "Hai Muhammad! Si Fulan bin Fulan , umatmu telah membaca selawat untuk engkau". Kata Nabi SAW, "Sampaikan kepadanya dariku sepuluh selawat dan katakan kepadanya, "Telah seharusnya bagimu mendapat syafaat dari beliau(Nabi SAW).Maka malaikat tadi terus naik ke atas sehingga sampai ke Arasy dan berkata "Wahai Tuhanku, sesungguhnya si fulan bin si fulan telah membaca selawat sekali untuk kekasihMu.Maka Allah berfirman, "Sampaikan kepadanya daripada Aku sepuluh selawat".

OLEH ITU, MARILAH KITA BERSELAWAT SEBAGAI TANDA CINTA DAN RINDUNYA KITA TERHADAP RASULULLAH TANPA MENGIRA MASA, SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN SEORANG UMAT...CINTA KEPADA RASULULLAH BERERTI CINTA KEPADA ALLAH.JANGAN KITA MENJADI ORANG BAKHIL...

SABDA RASULULLAH SAW:
Adapun si bakhil itu adalah orang yang apabila namaku disebutkan dihadapannya, maka dia tidak mahu membaca selawat untukku.

APAKAH SAMA ORANG YANG BERILMU DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU?

AZAB BAGI WANITA-PERINGATAN UNTUK KAUM WANITA

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya..

Puteri Rasulullah kemudian bertanya apa yang dilihat ayahandanya.. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan terkangkang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fat imah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

APAKAH SAMA ORANG YANG BERILMU DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU?

Sunday, August 23, 2009

KEMULIAAN AL QURAN - INTEAM

KELEBIHAN BELAJAR DAN MENGAJAR AL QURAN

Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang menerangkan kelebihan belajar Al Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya ( kepada orang lain )
( HR Al-Bukhari )

Sabda Rasulullah SAW:
" Orang yang mahir Al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit(susah)dan merangkak-rangkak maka baginya dua pahala (kebajikan).
( Riwayat Muslim )

Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Dzar:
"Wahai Abu Dzar!Jika kamu pergi ke suatu pagi untuk belajar satu ayat dari kitab Allah adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan sembahyang sunat seratus rakaat dan jika kamu belajar satu bab daripada ilmu yang mana kamu dapat beramal dengannya ataupun tidak adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan sembahyang sunat seribu rakaat"
( Riwayat Ibnu Majjah)

Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Hurairah:
"Wahai Abu Hurairah!Belajarlah Al Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia dan berkekalan atas yang demikian itu sehingga datang kepadamu kematian.Sesungguhnya jika datang kepadamu kematian padahal engkau berada dalam keadaan demikian maka malaikat akan menziarahi kuburmu sepertimana orang-orang yang beriman akan menziarahi Baitullah al-Haram".
( Riwayat al-Dailami)

BELAJARLAH AL-QURAN, SESUNGGUHNYA AL QURAN ITU AKAN MEMBERI HIDAYAH DAN PETUNJUK KEPADA PEMBACANYA.RASAILAH KENIKMATAN DAN KEMANISAN IMAN MELALUI AL QURAN.

APAKAH SAMA ORANG YANG BERILMU DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU?

ASMA-UL-HUSNA



SURAH AL-A'RAF:180
"Allah mempunyai Asma-ul-husna ( nama-nama Allah yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat Allah ) maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut Asma-ul-husna itu".

SURAH AL-ISRA':110
"Katakanlah: " Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman.Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al asma-ul-husna ( nama-nama yang baik ).

SURAH TAHA :8
"Dialah Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al asma-ul-husna (nama-nama yang baik)

SABDA RASULULLAH SAW:
" Dan Abu Hurairah r.a ia berkata:Rasulullah SAW telah bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya( menghafal keseluruhannya ) masuklah ia ke dalam syurga."
(H.R Bukhari )

Adapun Asma-ul-husna iaitu:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Dengan memuji Engkau Ya Allah dengan pujian yang sungguh-sungguh, beserta memohon rahmat yang agung untuk Nabi Muhammad SAW.Aku berdoa kepadaMu ya Allah, semoga Engkau terima sebagai anugerah (dariMu)...

APAKAH SAMA ORANG YANG BERILMU DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU?

Saturday, August 22, 2009

PENGHULU ISTIGHFAR


Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan Taat ) kepadaMu sekuat mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Amin

PENGHULU ISTIGHFAR..
...barangsiapa mengucapkannya dengan penuh keyakinan pada hari itu, lalu dia mati sebelum petang hari, maka ia termasuk penghuni syurga..dan barangsiapa mengucapkannya dari sebahagian malam hari, sedangkan dia meyakininya, lalu dia mati sebelum pagi hari, maka dia termasuk penghuni syurga...hadis nabi SAW..amalkanlah

TINGKATAN ORANG YANG BERPUASA

1. PUASA GOLONGAN AWAM
Orang yang hanya menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh sahaja

2. PUASA GOLONGAN AHLUL-KHAWAS
Orang yang menahan diri daripada makan dan minum serta syahwat kerana Allah dengan mengharapkan keampunan dan syurga atau terhindar dari neraka

3.PUASA GOLONGAN AHLUL-MA'RIFAT
Orang yang menahan diri dari makan serta syahwat juga menahan hati dan pancaindera daripada segala perkara yang tidak disukai Allah kerana mengharapkan keredhaan Allah

WAHAI SAHABAT SEKALIAN, SESUNGGUHNYA PUASA ITU ADALAH UNTUK MENDIDIK JIWA SUPAYA TAWADUK, IKHLAS, TUNDUK, PATUH DAN TAAT KEPADA ALLAH.SEMOGA RAMADHAN YANG DIRINDUI DAN DICINTAI DAPAT MEMBAWA PERUBAHAN YANG CUKUP BESAR KEPADA DIRI DAN JIWA KITA..INSYAALLAH

KEUTAMAAN TADARUS DI BULAN RAMADAN


Tiap-tiap satu huruf Al Quran yang dibaca pada bulan Ramadan akan diberi kebajikan yang berlipat ganda
dari Allah.

- Membaca Al Quran di bulan Ramadhan bererti memohon kebajikan, kerahmatan dan keampunan dari Allah

- Puasa dan Al Quran itu akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa dan orang yang bertadarus di bulan Ramadan.

AYUH..MARI KITA BERTADARUS AL QURAN. BERTADDABURLAH DENGAN AL QURAN, QALAM ALLAH YANG SANGAT INDAH TIADA TANDINGANNYA...YANG MAMPU MENCAIRKAN HATI DAN JIWA YANG KERAS SEUMPAMA BATU...YANG MAMPU MEWUJUDKAN KETENANGAN DALAM JIWA..YANG MAMPU MENCAIRKAN EGO MANUSIA..MENJADIKAN DIRI SERENDAH-RENDAH MAKHLUK...RASAILAH KENIKMATAN DAN KEMANISAN IMAN DENGAN BERTADDBUR AL QURAN...SEMOGA KITA DIPILIH OLEH ALLAH SEBAGAI GOLONGAN YANG SENTIASA BERTADDABUR AL QURAN..AMIN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails