Wednesday, September 23, 2009

PENYAKIT HATI



Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging.Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati".
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir)

Sabda Rasulullah SAW:Riwayat Abu Ya'la.
"Yang dinamakan kekayaan itu bukanlah banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan hati ( jiwa )".

Sabda Rasulullah SAW: Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi Allah memandang hati dan amal kamu".

Keruntuhan dan kerosakan masyarakat Islam pada masa kini semuanya berpunca dari hati.Penyakit hati yang bersarang dalam tubuh badan manusia antaranya adalah hasad dengki, dendam, tamak haloba, memuja wang dan harta benda, mementingkan diri, gila dunia, gila hiburan dan seks, fahaman tidak bertuhan, gila kemasyhuran dan sebagainya.

Hati yang terdapat dalam tubuh manusia ini akan mengarahkan anggota pancainderanya bagi mencapai objektifnya walaupun kadang-kala di luar batasan logik akal kemanusiaan dan undang-undang.Justeru, amat malang jika tindakan tersebut dilakukan demi memuaskan nafsu masing-masing.

Jikalau penyakit hati ini terus bersarang di jiwa, tidak diubati dalam diri manusia akan wujudlah satu keadaan huru hara dalam diri manusia tersebut yang membuatkan dirinya terumbang-ambing tanpa bimbingan serta melakukan tindakan diluar kawalan dari segi agama hendaknya.

Dalam dunia sekarang, berapa banyakkan umat Islam yang hatinya berpenyakit telah merosakkan diri mereka sendiri dengan melakukan kezaliman terhadap diri mereka sendiri?Berapa banyakkah remaja Islam yang telah rosak akhlaknya yang kesemuanya berpunca dari hati? Berapa banyakkah silaturrahim telah diputuskan kerana hasad dengki yang berleluasa? Berapa banyakkah fitnah yang melanda sehingga berita yang batil menjadi berita yang benar?Berapa ramaikah umat Islam yang berpecah belah kerana menegakkan pendapat masing-masong demi kerana ego yang melanda diri?

Sesungguhnya ubat hati ini adalah kembalilah kepada Allah dan Rasulnya.Islam sangat mementingkan keamanan dan kesejahteraan.Tetapi manusia itu sendiri yang mewujudkan suasana yang tegang yang berpunca dari hati.Ingatlah sesungguhnya syaitan akan bangga dan gembira jika hati manusia yang Islam ini rosak seterusnya merosakkan orang lain.Pohonlah perlindungan dari Allah.Sesungguhnya Dia Maha Melindungi.Berusahalah memelihara hati dan membersihkan hati.Marilah kita membuat syaitan menangis...Sesungguhnya Ya Allah kami pohon perlindungan dariMu dari syaitan yang direjam...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails