Sunday, August 30, 2009

SIKSAAN KE ATAS ORANG YANG MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT


Semasa dalam perjalanan Isra' Rasulullah SAW beliau telah melihat segolongan manusia yang memukul-mukul kepalanya sendiri sehingga hancur, akan tetapi selepas itu kepala itupun bercantum dan kembali semula seperti sediakala. Demikianlah terus-menerus kelakuan mereka dengan tidak berhenti-henti.

Melihat keadaan itu, Nabi SAW bertanya kepada Jibril: "Siapakah mereka itu wahai Jibril"?

Jawab Jibril :"Mereka ada perumpamaan segolongan umat tuan yang suka melengah-lengah waktu solat hingga habis waktu yang ditentukan".

Inilah gambaran siksaan ke atas golongan orang yang tidak melakukan solat pada waktu yang ditentukan atau meninggalkan solat dengan sengaja, sebaliknya mereka melakukan solat di luar waktu atau mengqadanya dengan sengaja pada waktu lain.

Perbuatan sebegini sering berlaku di kalangan umat Islam masa kini yang sering memberi alasan sibuk dengan urusan harian sehingga berani menangguhkan solat. Bagi mereka ini, Firman Allah : Surah Al-Maa'un ayat 4-5:

"Maka celakalah ( neraka wail ) bagi orang yang solat;iaitu yang solatnya dalam keadaan lalai".

JADI SOLATLAH KAMU SEBELUM KAMU DISOLATKAN...SOLAT MAMPU MENCEGAH SEGALA KEMUNGKARAN YANG SEMAKIN HARI KIAN MERUNCING..JIKA KITA SOLAT, ADAKAH SOLAT KITA DITERIMA...ATAU HANYA SEKADAR MELEPASKAN BATUK DI TANGGA?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails