Saturday, September 5, 2009

HUKUM BELAJAR AL QURAN


Mempelajari Al-Quran hukumya wajib berdasarkan hadis di bawah:
Sabda Rasulullah SAW:
"Menuntut ilmu adalah satu kewajipan ke atas setiap muslim dan muslimah"

Kita semua berpendapat bahawa solat itu wajib, tetapi adakah sempurna solat jika kita tidak pandai membaca Al Quran?Maka belajar membaca Al Quran hukumnya wajib. Dalam masyarakat kita masih menganggap remeh tentang belajar Al Quran ini.Tetapi ketahuilah apabila membaca surah yang wajib dibaca dalam solat iaitu Al Fatihah dalam keadaan tajwid yang tidak betul adakah solat kita sah?

Sampai bila kita hendak menegakkan ego kita dengan mengatakan bahawa kita telah khatam Al Quran semasa kita kecil, dan sekarang tidak perlu lagi belajar Al Quran kerana kita telah khatam berkali-kali? Tidakkah kita mengetahui bahawa walaupun kita telah belajar Al-Quran masih banyak kesalahan yang perlu diperbaiki, apatah lagi jika kita tidak langsung belajar?

Jadi dengan kesempatan yang ada ini, marilah kita bersama-sama memperindahkan bacaan Al Quran ini dengan bacaan yang betul kerana seutama-utama ibadat sunat ialah membaca Al Quran.Pandang sahaja Al Quran sudah dapat pahala, apatah lagi kita membacanya.Sesungguhnya Al Quran itu membawa rahmat kepada pembacanya.

Hapuskanlah keegoan kita dengan membaca Al Quran, kalam Allah yang sangat indah tiada tandingannya. Sibukkanlah diri kita dengan Al quran semasa di dunia, InsyaAllah di akhirat nanti akan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah.Menangislah atau berusahalah sampai menangis apabila membaca Al Quran kerana air mata itu bukti keinsafan, bukti rendahnya kita disisi Allah, bukti kita hanyalah hamba yang hina di sisi Allah.

Ingatlah sebelum terlambat, sebelum nyawa kita di penghujung, sebelum kita tua, sebelum kita sakit, sebelum kita sibuk, sebelum hati kita mati oleh perkara dunia.

BELAJARLAH AL-QURAN..CARILAH KEREDHAAN ALLAH, INSYAALLAH KITA AKAN SENTIASA BERADA DALAM NAUNGANNYA..INGATLAH SEBELUM TERLEWAT....

1 comment:

  1. Beruntunglah mereka yang pelajari Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran akan menjadi syafaat dan teman mereka di akhirat nanti.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails