Monday, August 24, 2009

FADHILAT SELAWAT


Berselawat untuk Rasulullah SAW merupakan salah satu dari rangka iman. Barangsiapa yang tidak pernah ( tidak mahu) berselawat untuk Baginda, seolah-olah menunjukkan orang itu tidak beriman dan sempurna imannya.

SURAH AL-AHZAB:56
Bahawasanya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk Nabi, maka oleh itu wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu semua untuk Nabi dan berilah salam olehmu kepadanya dengan sebenar-benar salam.

ANAS BIN MALIK BERKATA BAHAWA SABDA RASULULLAH SAW:
Barangsiapa membaca selawat untukku, maka Allah memberikan kepadanya sepuluh selawat.Dihapuskan daripada sepuluh dosa serta diangkat sepuluh darjat.

Tiada dua orang muslim yang berjumpa kemudian berjabat tangan serta berselawat untukku, melainkan sesungguhnya keduanya tidak akan berpisah sehingga Allah mengampuni dosa-dosa mereka, baik yang terdahulu mahupun yang kemudian, dari sebab kemuliaan Allah SWT.

Orang yang paling utama bersamaku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat untukku.

Tiada doa seseorang kecuali di antara doa itu dan langit terdapat satu pendinding/penghalang/hijab sehingga dibacakan selawat untuk Nabi SAW.Apabila telah dibacakan selawat maka terbukalah pendinding itu dan masuklah doa itu( naik ke langit dan dikabulkan Allah ).Sebaliknya jika tidak membaca selawat kepada Nabi SAW, maka doa itu kembali kepada tuannya iaitu orang yang berdoa(doa itu tidak diterima oleh Allah).

ABU HURAIRAH R.A BERKATA SABDA NABI SAW:
" Apabila seorang mukmin membaca selawat untukku, maka selawat itu akan diambil oleh malaikat dengan izin Allah disampaikan ke kuburku.Maka malaikat itu berkata, "Hai Muhammad! Si Fulan bin Fulan , umatmu telah membaca selawat untuk engkau". Kata Nabi SAW, "Sampaikan kepadanya dariku sepuluh selawat dan katakan kepadanya, "Telah seharusnya bagimu mendapat syafaat dari beliau(Nabi SAW).Maka malaikat tadi terus naik ke atas sehingga sampai ke Arasy dan berkata "Wahai Tuhanku, sesungguhnya si fulan bin si fulan telah membaca selawat sekali untuk kekasihMu.Maka Allah berfirman, "Sampaikan kepadanya daripada Aku sepuluh selawat".

OLEH ITU, MARILAH KITA BERSELAWAT SEBAGAI TANDA CINTA DAN RINDUNYA KITA TERHADAP RASULULLAH TANPA MENGIRA MASA, SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN SEORANG UMAT...CINTA KEPADA RASULULLAH BERERTI CINTA KEPADA ALLAH.JANGAN KITA MENJADI ORANG BAKHIL...

SABDA RASULULLAH SAW:
Adapun si bakhil itu adalah orang yang apabila namaku disebutkan dihadapannya, maka dia tidak mahu membaca selawat untukku.

APAKAH SAMA ORANG YANG BERILMU DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails