Sunday, December 6, 2009

FADHILAT ZIKIR



Sabda Rasulullah SAW: Hadis Riwayat At-Tirmidzi:
"Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya, siapakah hamba yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah pada hari kiamat?Rasulullah SAW pun bersabda: Orang yang banyak berzikir kepada Allah. Aku pun berkata:Wahai Rasulullah!Walaupun dari orang yang berperang di jalan Allah?Rasulullah pun menjawab: Walaupun dia memukul dengan pedangnya org2 kafir dan org2 musyrik sehingga patah pedangnya dan basah badannya dengan darah. sesungguhnya orang yang banyak berzikir pada Allah, lebih utama darjatnya daripada mereka.

Orang yang rajin berzikir kepada Allah, diibaratkan dengan org yg hidup yang lahirnya dihiasi dengan cahaya kehidupan dan batinnya dengan makrifat. Manakala orang yang tidak berzikir, diumpamakan seperti orang yang mati, lahirnya tidak bererti dan batinnya tidak berguna.

FADHILAT ZIKIR:
1. Orang yang selalu berzikir akan sentiasa dinaungi rahmat Allah dan inayahNya.

2. Allah menyebut nama orang yang berzikir di udara yang tenang di hadapan para hambaNya yang suci dan ikhlas.

3. Orang yang sentiasa berzikir itu menyibukkan hatinya dan hati bersama Tuhannya.

4. Zikrullah adalah benteng was-was syaitan dan merupakan pertahanan yang kuat daripada terjerumus ke dalam kemaksiatan.

5. Zikrullah merupakan salah satu dari 4 perkara yang dapat menarik kebahagiaan di dunia dan akhirat, dan yg memberikan kepada org yg berzikir itu kepercayaan yang sempurna, dan menghiasinya dengan sifat istiqamah dan mencintai kebaikan dan ketetapan pada amalnya serta kebenaran pada cara berfikirnya.

6. Zikrullah akan dapat menyampaikan seseorang itu ke darjat yang lebih tinggi dalam syurga

7. Zikrullah menyinari hati dan membersihkannya dari kekotoran. Manakala org yg tidak berzikir , hatinya gelap dan rosak, bahkan dia dianggap mati.

8. Mereka akan datang pada hari kiamat dengan terhormat, dibesarkan dan dimuliakan.

9. Orang yang berzikir itu ahli kebaikan, pemilik kebahagiaan dan pelaksana kebajikan.

Lihatlah betapa besarnya fadhilat berzikir yang diberikan oleh Allah kepada kita.Takkan kita mahu mensia-siakan peluang tersebut.Gunakan peluang dan masa yang diberikan kepada kita.Sesungguhnya zikir itu mampu melembutkan jiwa yang keras, meruntuhkan keegoaan manusia serta mampu mendidik jiwa manusia sebagai hamba yang lemah.

..Dipetik dari Bimbingan, Penghayatan dan Kesempurnaan Solat- Ustaz Johari Yaman...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails