Sunday, December 13, 2009

AKADEMI PENGAJIAN RAUDHATUL QURAN ( APRQ )


SEDIKIT PENGENALAN TENTANG AKADEMI PENGAJIAN RAUDHATUL QURAN ( APRQ ).

Akademi Pengajian Raudhatul Quran mula beroperasi pada 1 Julai 2007 yang lokasinya terletak di Taman Amalina LestariRaub Pahang.Penubuhannya adalah di atas kesedaran tokoh korporat yang ternama di Daerah Raub iaitu YH Dato' Salim bin Haji Abdul Majid DIMP;DKSM.Beliau juga merupakan penaung APRQ. Pengetua APRQ ini ialah Ustazah Hajjah Siti Zainab bt Suboh AMP;PKC yang merupakan seorang bekas pengetua yang tidak pernah jemu menyebarkan ilmu sekalipun telah bersara di dunia akademik. Pada masa kini, beliau telah beralih arah kepada pengajaran dan pembelajaran Al Quran yang semakin hari semakin mendapat sambutan hangat dalam kalangan warga Raub sendiri.

Antara aktiviti yang boleh didapati ialah kelas Al-Quran utk semua peringkat umur termasuk pelajar dewasa, kelas tajwid, fardhu ain, bahasa Arab, Hafazan dan pelbagai lagi aktiviti yang berkaitan dengan Al Quran. Terdapat juga program tadarus dan khatam Al-quran sempena ramadan Al mubarak serta khatam Quran bagi pelajar yang telah tamat membaca Al quran.

Umum mengetahui pembelajaran Al Quran secara bertajwid merupakan fardhu ain.Oleh itu penubuhan APRQ ini telah memberi ruang yang luas kepada warga Raub yang dahagakan ilmu Al-Quran untuk sama-sama belajar, sama-sama menuntut ilmu tidak kira siang atau malam.

Alhamdulillah sehingga kini, APRQ turut menganjurkan beberapa program yang bermanfaat seperti Kursus pengurusan jenazah, kelas perubatan Islam, seminar seperti HALAQAH ULUMUL QURAN yang amat bermanfaat kepada warga Raub yang hadir khususnya guru-guru fardhu ain seluruh daerah Raub.Penubuhannya kini dengan pelajar yang berjumlah kira-kira 300 pelajar telah menunjukkan bahawa pentingnya ilmu Al-quran pada kanak-kanak mahupun orang dewasa sendiri.

Dengan komitmen yang jitu hasil titik peluh tenaga pengajarnya dan staf-stafnya, APRQ ini akan menjadi satu wadah ilmu bagi para ibubapa menghantar anak-anaknya ke sini. Didoakan dengan penubuhan APRQ ini dapat membuka mata semua pihak tentang kepentingan ilmu Al Quran dalam jiwa masing-masing khususnya para remaja kini. Syabas kepada semua pihak yang terlibat.Adalah diharapkan penubuhan APRQ ini akan memperkembang dan menjadikan ilmu Al Quran tersebar luas di merata-rata tempat khususnya warga Raub itu sendiri.

Rebutlah peluang di depan mata. Ayuh, mari kita menuntut ilmu Al Quran...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails