Saturday, September 26, 2009

KEUTAMAAN ORANG YANG BANYAK MEMBACA AL-QURAN


Sabda Rasulullah SAW:Riwayat Imam Ibnu Hibban dari Abi Dzarrin r.a:
"Hendaklah kamu membaca Al-Quran kerana ia adalah cahaya yang cemerlang bagimu di muka bumi ini dan perbendaharaan yang berharga di atas langit".

Sabda Rasulullah SAW:Riwayat Imam Baihaqi dari Ibnu Umar r.a:
"Sesungguhnya hati-hati mapat manusia itu berkarat seperti karatnya besi dan yang dapat melenyapkannya ialah membaca Al-Quran dan ingat akan kematian".

Sabda Rasulullah SAW: Riwayat Iman Dailami dari Abi Hurairah r.a ertinya:
"Orang yang paling banyak ibadatnya, ialah mereka yang paling banyak membaca Al Quran".

Sabda Rasulullah SAW:Riwayat Al-Baihaqi dari Nu'man bin Basyir r.a:
"Setinggi-tinggi ibadat umatku itu, ialah membaca Al-Quran".

Sabda Rasulullah SAW:Riwayat Daraqutni dan Baihaqi dari Aishah r.a:
"Membaca Al-Quran di dalam solat itu lebih utama daripada membaca Al-Quran di luar solat, daripada membaca tasbih dan takbir".

Hadis-hadis di atas menunjukkan bahawa kaum muslimin dan muslimat di samping mengerjakan kewajipan di dalam agamanya seperti solat dan puasa supaya membaca Al-Quran.Orang yang paling banyak ibadahnya kepada Allah SWT ialah orang yang paling banyak banyak membaca Al-Quran. Sesibuk mana kita, luangkanlah masa sekurang-kurangnya 10 minit atau bacalah sekurang-kurangnya 2 mukasurat sehari.Jika kita luangkan masa untuk Al-Quran , Allah pasti akan melapangkan masa kita seluas-luasnya.Al-Quran pemberi syafaat kepada kita dan jadikanlah Al Quran nombor SATU dalam kehidupan kita, InsyaAllah hidup kita akan dirahmati dengan berkatnya Al-Quran.Jika kita boleh luangkan masa berjam-jam melayari internet, tiada masalah bagi kita untuk luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk Al-Quran.Istiqamah dalam pembacaan Al-Quran, Allahcakan memberi rahmat kepada hambanya yang mencintai Al-Quran..

Wednesday, September 23, 2009

PENYAKIT HATI



Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging.Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati".
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir)

Sabda Rasulullah SAW:Riwayat Abu Ya'la.
"Yang dinamakan kekayaan itu bukanlah banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan hati ( jiwa )".

Sabda Rasulullah SAW: Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi Allah memandang hati dan amal kamu".

Keruntuhan dan kerosakan masyarakat Islam pada masa kini semuanya berpunca dari hati.Penyakit hati yang bersarang dalam tubuh badan manusia antaranya adalah hasad dengki, dendam, tamak haloba, memuja wang dan harta benda, mementingkan diri, gila dunia, gila hiburan dan seks, fahaman tidak bertuhan, gila kemasyhuran dan sebagainya.

Hati yang terdapat dalam tubuh manusia ini akan mengarahkan anggota pancainderanya bagi mencapai objektifnya walaupun kadang-kala di luar batasan logik akal kemanusiaan dan undang-undang.Justeru, amat malang jika tindakan tersebut dilakukan demi memuaskan nafsu masing-masing.

Jikalau penyakit hati ini terus bersarang di jiwa, tidak diubati dalam diri manusia akan wujudlah satu keadaan huru hara dalam diri manusia tersebut yang membuatkan dirinya terumbang-ambing tanpa bimbingan serta melakukan tindakan diluar kawalan dari segi agama hendaknya.

Dalam dunia sekarang, berapa banyakkan umat Islam yang hatinya berpenyakit telah merosakkan diri mereka sendiri dengan melakukan kezaliman terhadap diri mereka sendiri?Berapa banyakkah remaja Islam yang telah rosak akhlaknya yang kesemuanya berpunca dari hati? Berapa banyakkah silaturrahim telah diputuskan kerana hasad dengki yang berleluasa? Berapa banyakkah fitnah yang melanda sehingga berita yang batil menjadi berita yang benar?Berapa ramaikah umat Islam yang berpecah belah kerana menegakkan pendapat masing-masong demi kerana ego yang melanda diri?

Sesungguhnya ubat hati ini adalah kembalilah kepada Allah dan Rasulnya.Islam sangat mementingkan keamanan dan kesejahteraan.Tetapi manusia itu sendiri yang mewujudkan suasana yang tegang yang berpunca dari hati.Ingatlah sesungguhnya syaitan akan bangga dan gembira jika hati manusia yang Islam ini rosak seterusnya merosakkan orang lain.Pohonlah perlindungan dari Allah.Sesungguhnya Dia Maha Melindungi.Berusahalah memelihara hati dan membersihkan hati.Marilah kita membuat syaitan menangis...Sesungguhnya Ya Allah kami pohon perlindungan dariMu dari syaitan yang direjam...

Saturday, September 5, 2009

HUKUM BELAJAR AL QURAN


Mempelajari Al-Quran hukumya wajib berdasarkan hadis di bawah:
Sabda Rasulullah SAW:
"Menuntut ilmu adalah satu kewajipan ke atas setiap muslim dan muslimah"

Kita semua berpendapat bahawa solat itu wajib, tetapi adakah sempurna solat jika kita tidak pandai membaca Al Quran?Maka belajar membaca Al Quran hukumnya wajib. Dalam masyarakat kita masih menganggap remeh tentang belajar Al Quran ini.Tetapi ketahuilah apabila membaca surah yang wajib dibaca dalam solat iaitu Al Fatihah dalam keadaan tajwid yang tidak betul adakah solat kita sah?

Sampai bila kita hendak menegakkan ego kita dengan mengatakan bahawa kita telah khatam Al Quran semasa kita kecil, dan sekarang tidak perlu lagi belajar Al Quran kerana kita telah khatam berkali-kali? Tidakkah kita mengetahui bahawa walaupun kita telah belajar Al-Quran masih banyak kesalahan yang perlu diperbaiki, apatah lagi jika kita tidak langsung belajar?

Jadi dengan kesempatan yang ada ini, marilah kita bersama-sama memperindahkan bacaan Al Quran ini dengan bacaan yang betul kerana seutama-utama ibadat sunat ialah membaca Al Quran.Pandang sahaja Al Quran sudah dapat pahala, apatah lagi kita membacanya.Sesungguhnya Al Quran itu membawa rahmat kepada pembacanya.

Hapuskanlah keegoan kita dengan membaca Al Quran, kalam Allah yang sangat indah tiada tandingannya. Sibukkanlah diri kita dengan Al quran semasa di dunia, InsyaAllah di akhirat nanti akan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah.Menangislah atau berusahalah sampai menangis apabila membaca Al Quran kerana air mata itu bukti keinsafan, bukti rendahnya kita disisi Allah, bukti kita hanyalah hamba yang hina di sisi Allah.

Ingatlah sebelum terlambat, sebelum nyawa kita di penghujung, sebelum kita tua, sebelum kita sakit, sebelum kita sibuk, sebelum hati kita mati oleh perkara dunia.

BELAJARLAH AL-QURAN..CARILAH KEREDHAAN ALLAH, INSYAALLAH KITA AKAN SENTIASA BERADA DALAM NAUNGANNYA..INGATLAH SEBELUM TERLEWAT....

Wednesday, September 2, 2009

SIKSAAN KE ATAS ORANG YANG MENGUMPAT


Dalam perjalanan Isra' Nabi SAW baginda telah menyaksikan orang yang sedang mencakar wajah dan dadanya dengan kukunya sendiri, pada saat itu kukunya telah berubah menjadi kuku tembaga.

Melihat akan itu, Nabi SAW bertanya kepada Jibril:"Siapakah mereka wahai Jibril".

Jawab Jibril : "Mereka adalah perumpamaan orang yang suka mengumpat dan mendedahkan aib dan rahsia orang lain kepada orang lain".

Orang yang suka mengumpat, mendedahkan aib orang lain sama seperti memakan daging saudaranya sendiri.Adakah kita sanggup berada dalam keadaan demikian.Walaupun kita solat, membaca Al Quran, solat malam, berzakat, bersedekah dan membuat perkara-perkara baik yang lain, tetapi apabila kita mengumpat saudara kita sendiri, mendedahkan aib saudara sendiri, kitalah adalah orang yang muflis di akhirat nanti.Sanggupkah kita mensia-siakan amalan yang dibuat di dunia ini?Orang yang dikeji dan diumpat itu sebenarnya jauh lebih baik dari kita, tawaduknya lebih dari kita, ikhlasnya lebih dari kita.....

Imam Tirmidzi meriwayatkan hadis daripada Abi Darda' bahawa Nabi SAW bersabda:
"Siapa yang memelihara kehormatan saudara di belakangnya, maka Allah akan memelihara dirinya daripada api neraka di hari kiamat kelak".

Firman Allah SWT:
"Akan dimasukkan ke dalam neraka Wail orang yang suka mengumpat dan mencerca orang lain".( Surah Al-Humazah)

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya Allah amat benci kepada orang yang jahat lidahnya ( suka mengumpat, mencaci, memfitnah dan menyakiti orang lain)".
( Riwayat At-Tirmidzi).

BERBUAT BAIK SESAMA MANUSIA KERANA DI AKHIRAT NANTI KITA AKAN DIHAKIMI DAN DITANYA TENTANG MANUSIA YANG KITA UMPAT DAN CACI.KESALAHAN DENGAN ALLAH, ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG, TETAPI KESALAHAN DENGAN MANUSIA TIDAK DAPAT DIAMPUNI MELAINKAN DENGAN MANUSIA ITU SENDIRI.PADA ZAMAN INI,DI MANA ZAMAN FITNAH BERLELUASA, SEMOGA KITA DILINDUNGI OLEH ALLAH DAN SENTIASA BERADA DALAM NAUNGANNYA.INSYAaLLAH

Sunday, August 30, 2009

SIKSAAN KE ATAS ORANG YANG MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT


Semasa dalam perjalanan Isra' Rasulullah SAW beliau telah melihat segolongan manusia yang memukul-mukul kepalanya sendiri sehingga hancur, akan tetapi selepas itu kepala itupun bercantum dan kembali semula seperti sediakala. Demikianlah terus-menerus kelakuan mereka dengan tidak berhenti-henti.

Melihat keadaan itu, Nabi SAW bertanya kepada Jibril: "Siapakah mereka itu wahai Jibril"?

Jawab Jibril :"Mereka ada perumpamaan segolongan umat tuan yang suka melengah-lengah waktu solat hingga habis waktu yang ditentukan".

Inilah gambaran siksaan ke atas golongan orang yang tidak melakukan solat pada waktu yang ditentukan atau meninggalkan solat dengan sengaja, sebaliknya mereka melakukan solat di luar waktu atau mengqadanya dengan sengaja pada waktu lain.

Perbuatan sebegini sering berlaku di kalangan umat Islam masa kini yang sering memberi alasan sibuk dengan urusan harian sehingga berani menangguhkan solat. Bagi mereka ini, Firman Allah : Surah Al-Maa'un ayat 4-5:

"Maka celakalah ( neraka wail ) bagi orang yang solat;iaitu yang solatnya dalam keadaan lalai".

JADI SOLATLAH KAMU SEBELUM KAMU DISOLATKAN...SOLAT MAMPU MENCEGAH SEGALA KEMUNGKARAN YANG SEMAKIN HARI KIAN MERUNCING..JIKA KITA SOLAT, ADAKAH SOLAT KITA DITERIMA...ATAU HANYA SEKADAR MELEPASKAN BATUK DI TANGGA?

Saturday, August 29, 2009

KEISTIMEWAAN ORANG YANG MEMBACA AL-QURAN


• Di Dunia
Mereka sentiasa dengan pembacaan Al-Quran dan mereka adalah manusia yang terpilih,diangkat oleh ALLAH Taala darjatnya setinggi-tinggi darjat.

• Peribadinya
Memperolehi ketenangan dengan cahaya ALLAH dan sentiasa mendengar dan metaati perintah Allah serta meninggalkan setiap yang dilarang daripada Al-quran dengan hati yang terbuka.

• Hatinya
Bersih lagi suci dan tidak berkarat selamanya.

• Rumahnya
Dilihat oleh penduduk dilangit seperti mana penduduk bumi melihat bintang-bintang,rumahnya dipenuhi cahaya yang ,meliputi keluarganya,banyak kebaikan didalamnya,para malaikat hadir dan syaitan-syaitan lari keluar dari rumahnya.

• Pahalanya
Setiap satu huruf bacaanya sama dengan 10 kebaikan(pahala),dikurniakan kepadanya ketenangan,dilimpahi rahmat keatasnya, dan para malaikat memayunginya. Doanya dimakbulkan ketika tamat bacaanya.Dia diumpamakan seperti buah epal wangi baunya dan sedap rasanya….

• Hari kiamat
Al-Quran akan menjadi syafaat untuknya,dia akan berada bersama-sama para malaikat,diangkat darjatnya ke syurga peringkat demi peringkat…

BALASAN ORANG YANG MENINGGALKAN AL QURAN

• Di Dunia
Orang yang tidak suka membaca Al-Quran,kehidupanya sempit, masalahnya tidak berakhir dan dadanya dipenuhi dengan kelemahan..

• Peribadinya
Tidak teratur, murung dan sempit dadanya

• Hatinya
Berkarat atau kotor seperti mana karatnya besi kerana hatinya tidak dimasuki cahay Al-Quran.

• Rumahnya
Keadaan rumahnya seperti tanah perkuburan yang gelap, penghuninya sesak, sedikit kebaikannya,jika banyak(kebaikan) tiada keberkatan. Tidak dimasuki malaikat malah dihuni oleh syaitan-syaitan.

• Pahalanya
Tiada pahala untuknya,diumpamakannya seperti buah peria tidak mempunyai bau dan rasa pahit manakala hatinya seperti rumah yang roboh…

• Hari kiamat
ALLAH akan menghilangkan penglihatanya dan akan dibangkitkan diantara makhluk-makhluk yang buta seraya berkata” WAHAI TUHANKU MENGAPA AKU DIBANGKITKAN DALAM KEADAAN BUTA SEDANGKAN AKU CELIK DI DUNIA?.MAKA DIKATAKAN KEPADANYA : “DEMIKIANLAH TELAH DATANG AYAT-AYAT KAMI,MAKA KAMU MELUPAKANNYA DAN BEGITULAH PULA PADA HARI INI KAMU PULA DILUPAKAN…
HAYATILAH QALAM ALLAH YANG SANGAT INDAH...TIADA APA YANG LEBIH INDAH DARIPADANYA....

Monday, August 24, 2009

PENAWAR HATI GELISAH


Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan. Kandungan merangkumi segala dasar syariat yang terkandung dalam kitab suci yang diturunkan sebelumnya. Mereka yang mempercayai al-Quran akan berusaha membaca, mempelajari, memahaminya serta mengamalkannya, juga mengajarkan kepada orang lain.
Rasulullah bersabda menyatakan semulia-mulia ibadat ialah membaca al-Quran dan mengajarnya.

Membaca al-Quran adalah amalan mulia, mendapat pahala berlipat ganda pada setiap huruf yang diturunkan. Al-Quran adalah sebaik-baik bacaan bagi mereka yang beriman, sama ada ketika senang atau susah. Selain ibadat yang diberi ganjaran, membaca al-Quran menjadi ubat atau penawar bagi mereka yang gelisah jiwanya.

Seorang lelaki berjumpa Ibnu Mas'ud meminta nasihat untuk dijadikan ubat jiwanya yang sedang resah gelisah, fikiran kusut, tiada selera makan dan tidak boleh tidur seperti biasa.

Ibnu Mas'ud menyatakan bahawa untuk mengubatinya ia menasihati agar sahabat tadi mengunjungi tiga tempat iaitu tempat orang membaca al-Quran. Atau mendengar baik-baik orang yang membaca al-Quran. Pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hati kepada Allah, memohon ketenangan jiwa dan ketenteraman fikiran juga kemurnian hati. Andainya jiwa masih juga tidak terubat dengan cara ini, minta kepada Allah agar diberi hati yang lain, kerana hati yang dimiliki bukan hatinya.

Sahabat itu mengamalkan apa yang disuruh oleh Ibn Mas'ud. Dia pergi mengambil wuduk kemudian membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selepas sempurna membaca al-Quran, jiwanya dirasa begitu tenang dan tenteram, manakala kegelisahannya hilang sama sekali.

Membaca al-Quran, sama ada memahami ertinya atau tidak adalah ibadat, amalan soleh dan memberi rahmat serta manfaat bagi mereka yang melakukannya.

Memberi cahaya dalam hati, memberi cahaya kepada keluarga juga tempat di mana al-Quran itu dibaca.

Sebuah hadis riwayat oleh Bayhaqi daripada Anas dinyatakan bahawa Rasulullah ada bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumah tangga kamu dengan sembahyang dan dengan membaca al-Quran.”

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails